Monday 30 September 2013

Suami Benarkan Rakan Tidur Dengan Isteri Sendiri !!




Seorang bekas banduan melakukan perjanjian gila dengan membenarkan rakannya mengadakan hubungan sulit dengan isterinya sendiri.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu membuat perjanjian itu selepas isterinya melahirkan anak luar nikah yang kini berusia lima tahun, hasil hubungan sulit dengan rakannya itu ketika dia menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun.

Mengikut perjanjian mereka, rakannya itu dibenarkan berjumpa isteri dan anaknya, pada sebelah siang sahaja.

Bagaimanapun, perjanjian tersebut memakan diri apabila rakannya melanggar syarat itu.

Akibatnya mereka bergaduh hingga membawa kepada pertumpahan darah, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, bekas banduan terbabit naik angin dan menetak rakannya dengan parang di rumahnya apabila mendapati rakannya itu berjumpa isterinya untuk melakukan hubungan seks pada sebelah malam.

No comments:

Post a Comment