Thursday 26 September 2013

Dua remaja tingkatan empat "Kesal" dicekup bersekedudukan !!














Empat remaja termasuk dua daripadanya pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah, dekat sini dicekup penduduk kampung dan anggota polis selepas berkhalwat bersama pasangan masing-masing, pagi kelmarin.

Dalam tangkapan kira-kira 10.30 pagi di sebuah rumah sekitar Durian Tunggal, dekat sini mendapati pasangan berusia antara 16 dan 18 tahun berdua-duaan di dalam rumah dalam keadaan pintu serta tingkap tertutup rapat.

Jurucakap polis berkata, penduduk menerima maklumat terdapat dua pasangan remaja masih bersekolah berkurung dalam rumah berkenaan sejak awal pagi hari yang sama.

"Bertindak atas maklumat itu, beberapa penduduk yang curiga mula melakukan intipan lalu memberi salam tetapi pintu hanya dibuka setengah jam selepas itu oleh remaja perempuan.

"Remaja itu berpura-pura baru bangun dari tidur dalam keadaan terpinga-pinga melihat kehadiran penduduk," katanya. 

No comments:

Post a Comment