Sunday 29 September 2013

Siapa Jejaka Bersama ‘’ Cha Cha " !!



Kalau sebut nama Iqwal Hafiz, pasti ramai yang tercengang. Siapakah gerangan pemilik nama ini?
Kalau nak tahu, inilah jejaka yang kini digosipkan mempunyai hubungan dengan pelakon yang mula meningkat naik, Cha Cha Maembong.
Iqwal, 21, sebenarnya sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan dan mempunyai pencapaian yang cukup membanggakan sebagai penyanyi remaja.
Selain boleh menyanyi dalam 16 bahasa, dia juga berkebolehan bermain piano, drum, gitar dan berlakon dan turut mencipta lagu seawal usia 12 tahun lagi.
Iqwal juga pernah mewakili Malaysia untuk World Championship of Performing Arts di Hollywood dan membawa pulang empat pingat emas.
Dia turut menerima anugerah Artis Harapan dalam Festival Suara Emas ASEAN di Vietnam pada tahun 2011.
Kalau diteliti pencapaian Iqwal ini di laman web rasminya, memang cukup banyak sehingga penulis pun tak sanggup hendak menulis kesemuanya.
Setakat ini, belum ada pengesahan mengenai hubungan istimewa daripada kedua-dua artis remaja ini.
Tapi mungkin ‘persahabatan’ dengan Cha Cha dapat menaikkan nama Iqwal satu hari nanti. Siapa tahu kan?

No comments:

Post a Comment