Pelakon baru, Sharifah Sakinah buat hal lagi. Setelah menggemparkan industri hiburan tanah air dengan klip pendek mengenai bra dan seluar dalam, dia muncul dengan klip yang kononnya dia seorang pondan. Menyedari kritikan keras yang diterima daripada masyarakat mengenai kedua-dua klip itu, Sakinah tampil memohon maaf di atas perbuatannya.
Namun hanya selepas beberapa hari berbuat demikian, Sakinah kembali ‘meroyan’. Terbaru, video klip yang kononnya dia seorang SAKAI!
” Masyarakat dah benci, ini akibatnya bila SAKAI jadi artis, kita pun tak terfikir yang kita ni artis tiba-tiba tersebar macam tu.
” Aku dah biasa dah SAKAI, kat rumah pun SAKAI tiba-tiba orang nak ‘kondem’..la orang layan rupanya video tu,” katanya.
Dalam video klip tersebut, Sakinah juga menunjukkan sebuah anak patung bogel. Kemudian dia mengambil pemetik api dan beraksi seolah-olah hendak membakar ‘kemaluan’ anak patung tersebut.
” Ini namanya BEBIRD…kalau buat macam ni (bakar) namanya BABI-Q BEBIRD!,” dengan suara meninggi.
Sebenarnya kita tidak tahu apa maksud dan apa motif Sakinah berbuat demikian. Mungkin dia hanya bergurau atau mungkin dia ingin melepaskan kemarahan kepada pihak yang mengaitkannya dengan kontroversi, Wallahualam. Yang pasti semakin hari rasanya pelakon itu semakin membodohkan dirinya dengan aksi yang sangat jelik seperti itu.
Kita tidak menuntut Sakinah untuk berlaku cerdik tetapi pada masa yang sama kita tidak sanggup melihat dia terus memalukan dirinya sendiri. Mungkin betul kata sesetengah orang yang dia cuba meraih publisiti murahan dengan berbuat demikian. Hanya dia yang tahu, mengapa dan kenapa….alahai Sakinahhhhh…….
No comments:
Post a Comment