Monday 30 September 2013

Penjual Karipap "Cabuli" Ibu Mengandung !!




Sikap miang lelaki penjual karipap yang mendakwa boleh mengurut wanita mengandung agar kandungan sihat dan bijak sebelum mencabul mangsanya membawa padah apabila suami wanita berkenaan merakam gambar muka lelaki dan menyiarkannya di laman sosial Facebook.

Tindakan suami mangsa itu bertujuan mengelak kejadian sama berulang selepas isterinya yang mengandung lapan bulan dicabul lelaki berkenaan.


Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ah Moi, 20-an, berkata, kejadian berlaku jam 3.20 petang Jumaat lalu, ketika dia menjaga kedai kopinya di bandar ini apabila didatangi seorang lelaki berusia 30-an, menjual karipap.


“Ketika itu tiada pelanggan dan saya ditemani adik perempuan, Swee Lan, 20-an, yang membantu menguruskan akaun serta menjaga saya yang sarat mengandung lapan bulan anak sulung.


“Penjual karipap itu mendakwa aktiviti sampingannya untuk menambah pendapatan ialah mengurut wanita hamil dan mendakwa anak yang bakal dilahirkan lebih bijak

(TAHNIAH) Yus Jambu Bakal Berkahwin Dengan Model Sambilan !!


Khabarnya, pelawak terkenal Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 37, bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang wanita berusia 33 tahun yang bekerja sebagai setiausaha dan model sambilan.
Walaupun ianya satu berita baik buat peminat Yus namun beliau enggan mendedahkan identiti wanita pilihan hatinya itu dengan lebih lanjut.
Dua bulan lalu, sekeping gambar yang memperlihatkan Yus bergambar bersama dengan seorang wanita bertudung telah tersebar di laman maya. Adakah wanita itu yang dimaksudkan oleh Yus?

Khidmat Model 3 Dalam 1 Cuma RM450 Sejam !!


Mereka didakwa model yang memperagakan pelbagai fesyen pakaian di pentas tempatan. Masih muda, cantik dan seksi, ‘model’ terbabit juga didakwa boleh diupah sebagai gadis pengiring untuk menemani lelaki tempatan atau pelancong asing dengan bayaran RM450 sejam.
Khidmat gadis pengiring terbabit diuar-uarkan melalui e-mel yang dihantar secara rawak dan dikirim berulang kali kepada sesiapa saja.
Kebanyakan lelaki, terutama pelancong dan ahli perniagaan asing yang memerlukan teman sepanjang berada di negara ini pasti tertarik dengan tawaran itu, terutama apabila diberitahu gadis terbabit sebenarnya ‘serba guna’ — boleh dibawa ke mana saja, sama ada sekadar peneman ke pusat hiburan dan pelancongan atau terus ke bilik tidur.
Khidmat ‘tiga dalam satu’ ditawarkan sindiket yang beroperasi di beberapa bandar raya di seluruh negara terbongkar hasil siasatan wartawan Metro Ahad selepas didedahkan seorang pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Razmi, 30.
Razmi berkata, sindiket itu terlebih dulu mengumpan lelaki hidung belang dengan menghantar e-mel yang turut memaparkan gambar gadis cantik dan seksi yang didakwa model dengan aksi mengghairahkan.

Nama Je Islam, Tapi Artis Ni Bangga Tayang LURAH.. !!


Kalau diukur dari segi nama.., memang kita akan segera membayangkan seorang wanita yang penuh ciri Islamik dan jugak sopan santun bila dengar nama artis ni..
Tapi realitinya.., Rebecca Nur Islam tu lain benar dari apa yang korang boleh bayangkan… Jadi betullah apa yang orang tua-tua kata…, apa lah ada pada nama beb…
Selebriti ni boleh dikatakan sangat berani beraksi seksi.., dan tak segan menonjolkan aset beliau dikhalayak umum..
Gua rasa.., kalau dia berpakaian lebih sopan.., mesti lagi cun.. Malah sesuai sangat dengan nama dia yang penuh cahaya kesucian tu kann…
Semoga satu hari selebriti ni akan berubah dan mendapat hidayah..

Puchong Kini Ibarat Hatyai


Daerah Puchong di Selangor yang selama ini terkenal sebagai pusat pengeluar pelbagai barang industri kini bertukar imej sebagai bandar yang menyediakan khidmat urut dan seks secara berleluasa.
Tinjauan di kawasan tersebut baru-baru ini menimbulkan kejutan apabila jumlah pusat urut dan seks bukannya seberkurangan sebaliknya bertambah kepada sekurang-kurangnya 40 buah.
Bagi sesiapa yang sekali-sekala berkunjung ke Puchong pada waktu malam pasti terkejut dengan gemerlapan lampu-lampu neon menerangi unit-unit kedai yang dijadikan pusat seks.
Dipendekkan kata, kewujudan pusat urut seks di sekitar bandar ini sejak empat tahun lalu menukar imejnya seakan-akan Hatyai di Thailand yang terkenal dengan tawaran khidmat seks.
Lebih memburukkan keadaan, bisnes haram itu bukan sahaja semakin berkembang malah menyaingi kepesatan aktiviti perniagaan komersial yang terdapat di situ.

Kelab Melepaskan Perasaan SangaP !!.. 'Hot Mama'



Cerita Hot Mama hangat diperkatakan terutama sekali dalam laman sosial Facebook. Ramai yang terkejut kerana seorang wanita yang sudah bergelar ibu dan masih lagi bersuami melakukan sesuatu di luar jangkaan. Hot Mama sebenarnya hanya mencari hiburan dengan tujuan utama untuk menjadikan tempat melepaskan nafsu. Kami kongsikan satu kata menarik mengenai Hot Mama ini.

“Selayaknya, Linda iaitu salah seorang isteri muda yang menjadikan nafsu sebagai raja dalam hidupnya direjam sampai mati. Itulah hukum hudud yang perlu dilaksanakan. Tapi kalau mengikut hukum yang manusia lemah seperti kita buat ini, maka ringanlah hukumannya”

Ini pula ulasan dari akhbar Harian Metro berkenaan isu Hot Mamam ini.

Mereka sudah bersuami dan ada anak, malah boleh dikategorikan dalam golongan berada. Namun kerana ingin mencari kepuasan nafsu, mereka sanggup menggunakan kecantikan dan ‘aset’ dimiliki bagi mencari hiburan di luar.

Mencari lelaki bujang mahupun yang berkeluarga untuk dijadikan teman dan tempat melepaskan nafsu sentiasa menjadi keutamaan. Tidak kira waktu terluang, mereka yang seakan-akan bernaung di bawah kelab ‘Hot Mama’ ligat mencari teman. 

Di rumah, merekalah isteri, ibu dan suri rumah tangga, tetapi apabila di luar bersama rakan, mereka seolah-olah gadis remaja yang sentiasa mencari teman untuk bersosial.

Menerusi penyamaran, wartawan Metro Ahad (MA) berjaya menjejaki kumpulan berkenaan, sekali gus membongkar aktiviti sulit golongan ini.

Tanpa berselindung, beberapa wanita berusia dalam lingkungan 30-an yang ditemui menceritakan kisah hidup yang sentiasa sepi tanpa belaian lelaki.

Menurut Linda “hot mama”, 31, dia mencari hiburan di luar bagi mengisi kekosongan diri kerana sering diabaikan suami yang sentiasa sibuk dengan perniagaan.

Ini bukan kes cerita seks suami isteri, tetapi ni kes isteri yang mencari kepuasan dengan lelaki lain.

Gambar Majlis Merisik Rozita Che Wan & Zain Saidin !!



Fuiyooo~~ Memang gorgeous dan cantik sangat-sangat Rozita Che Wan di hari bahagianya. Ini baru majlis merisik nie. Tak dapat bayangkan betapa menawannya Che Ta di hari pernikahannya kelak. Confirm 20-30 kali ganda lagi meletop berbanding yang ini.

Tambah meletop apabila Che Ta menggunakan khidmat jurugambar Annas Easkey. Rasanya semua orang tahu kehebatan si Annas ini. Memang bertambah cantik dan berserilah Che Ta kita nanti. Tak sabar wei nak tunggu diorang berdua kahwin.

Mak Nyah Mengamuk.. GIGIT DAN CAKAR Anggota Imigresen !!



Gara-gara enggan ditahan pihak berkuasa, beberapa pondan bertindak agresif dengan mencakar dan menggigit anggota Jabatan Imigresen dalam satu serbuan yang dijalankan di sekitar bandar raya ini malam kelmarin.

Kumpulan pondan yang berasal dari Thailand ini turut diberikan jolokan ‘bapok tangga’ kerana berpakaian seksi dan didapati bergiat aktif di sekitar tangga premis kedai bagi mendapat perhatian pelanggan.

Pelacur pondan yang berusia antara 24 ke 28 tahun itu cuma mengenakan bayaran RM30 hingga RM50 jika pelanggan mahu mendapatkan perkhidmatan seks daripada mereka.

Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar selepas aktiviti jijik mereka berjaya dihidu Jabatan Imigresen di sini.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Irwan Zahid berkata, pihaknya terlebih dahulu mengintip pergerakan pelacur pondan terbabit sebelum menyerbu lokasi mereka menjalankan aktiviti tidak bermoral itu.

Menurutnya, sewaktu serbuan dijalankan, pelacur pondan warga Thailand itu terkejut malah ada dalam kalangan mereka yang cuba melarikan diri ke tingkat atas bangunan bagi mengelakkan diri dicekup.

“Malah, empat daripada pondan terbabit turut ‘mengganas’ sebelum anggota kami berjaya menghentikan tindakan agresif mereka itu.

“Selain itu, mereka juga didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah memasuki negara ini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Irwan berkata, seramai 27 anggota bertindak melakukan operasi di beberapa buah di sekitar bandar raya ini.

Katanya, dua rumah yang disasarkan adalah di Kampung Kepayang, Fair Park dan Tanjung Rambutan.

“Dalam serbuan di Kampung Kepayang, Fair Park, kami memberkas dua lelaki, empat perempuan dan dua kanak-kanak perempuan warganegara Indonesia berusia antara dua hingga 35 tahun yang didapati tidak mempunyai dokumen sah memasuki negara ini.

“Operasi turut dilakukan di sebuah rumah di Tanjung Rambutan, di sini, sebelum empat lelaki warga Myanmar berusia 23 hingga 36 tahun diberkas kerana tidak mempunyai dokumen sah untuk tinggal di negara ini.

“Semua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu tinggal di negara ini tanpa pas yang sah,” katanya.

Beliau berkata, operasi yang bermula jam 10 malam dan berakhir pada jam 2 pagi itu dianggap berjaya berikutan ramai pendatang asing berjaya diberkas hasil dari intipan dan maklumat awam.

Suami Benarkan Rakan Tidur Dengan Isteri Sendiri !!




Seorang bekas banduan melakukan perjanjian gila dengan membenarkan rakannya mengadakan hubungan sulit dengan isterinya sendiri.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu membuat perjanjian itu selepas isterinya melahirkan anak luar nikah yang kini berusia lima tahun, hasil hubungan sulit dengan rakannya itu ketika dia menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun.

Mengikut perjanjian mereka, rakannya itu dibenarkan berjumpa isteri dan anaknya, pada sebelah siang sahaja.

Bagaimanapun, perjanjian tersebut memakan diri apabila rakannya melanggar syarat itu.

Akibatnya mereka bergaduh hingga membawa kepada pertumpahan darah, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, bekas banduan terbabit naik angin dan menetak rakannya dengan parang di rumahnya apabila mendapati rakannya itu berjumpa isterinya untuk melakukan hubungan seks pada sebelah malam.

Lelaki Khayal Gam Ghairah Tengok ‘SELUAR DALAM’ Wanita !!


Gara-gara khayal selepas menghidu gam, seorang lelaki menjadi terlampau ghairah apabila terpandang seluar dalam wanita lalu mencuri pakaian dalam itu yang dijemur diampaian di Taman Hijrah di Kangar, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, lelaki berusia awal 20-an yang menunggang motorsikal bersendirian mengelilingi kawasan perumahan terbabit dan mencuri seluar dalam di ampaian sebuah rumah.
Jiran yang melihat kejadian itu menyergahnya menyebabkan lelaki berkenaan melarikan diri dengan motorsikal bersama seluar dalam itu.
Pemilik rumah berkenaan, Norita Abdul Karim, 38, berkata, beliau tiada di rumah ketika kejadian dan terkejut apabila dimaklumkan tida seluar dalam milik anak gadisnya dikebas seorang lelaki yang dikatakan mabuk gam.
“Saya pernah mendengar kejadian mencuri seluar dalam di jemuran di kawasan lain, tetapi tidak menyangka ia berlaku kepada kami pula.
“Seluar dalam itu tidak berjenama, tetapi kecurian ini menakutkan kami kami sekeluarga,” katanya.
Beliau berkata, jika kecurian pakaian diampaian berterusan, ia boleh menyebabkan masalah besar kerana terpaksa menggantikannya.
“Kejadian itu menyebabkan anak gadis saya tidak berani meninggalkan seluar dalam di ampaian kecuali jika mereka berada di rumah,” katanya semalam.
Beliau berkata, selain seluar dalam, lelaki itu turut mengambil sehelai baju-T dan seluar sukan milik anaknya yang baru dibeli.
“Lelaki itu dilihat membawa bungkusan plastik dipercayai berisi gam dan ketika menunggang motorsikal, dia dilihat menekap plastik itu ke hidung. Mungkin dalam keadaan khayal, dia menjadi terlalu ghairah apabila terpandang seluar dalam,” katannya.
Bagaiamanapun Norita berkata, beliau tidak bercadang membuat laporan polis.
“Saya akan bekerjasama dengan jiran untuk menangani masalah berkenaan,” katanya

Gadis Koma Setelah Dibakar Teman Lelaki !!



“Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.
Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.
Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.
Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.

Sunday 29 September 2013

Siapa Jejaka Bersama ‘’ Cha Cha " !!



Kalau sebut nama Iqwal Hafiz, pasti ramai yang tercengang. Siapakah gerangan pemilik nama ini?
Kalau nak tahu, inilah jejaka yang kini digosipkan mempunyai hubungan dengan pelakon yang mula meningkat naik, Cha Cha Maembong.
Iqwal, 21, sebenarnya sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan dan mempunyai pencapaian yang cukup membanggakan sebagai penyanyi remaja.
Selain boleh menyanyi dalam 16 bahasa, dia juga berkebolehan bermain piano, drum, gitar dan berlakon dan turut mencipta lagu seawal usia 12 tahun lagi.
Iqwal juga pernah mewakili Malaysia untuk World Championship of Performing Arts di Hollywood dan membawa pulang empat pingat emas.
Dia turut menerima anugerah Artis Harapan dalam Festival Suara Emas ASEAN di Vietnam pada tahun 2011.
Kalau diteliti pencapaian Iqwal ini di laman web rasminya, memang cukup banyak sehingga penulis pun tak sanggup hendak menulis kesemuanya.
Setakat ini, belum ada pengesahan mengenai hubungan istimewa daripada kedua-dua artis remaja ini.
Tapi mungkin ‘persahabatan’ dengan Cha Cha dapat menaikkan nama Iqwal satu hari nanti. Siapa tahu kan?

Saturday 28 September 2013

KOLEKSI MOTo 125zR !!










Wanita Sedang Mandi Maut Ditikam Kenalan Lelaki!!


Seorang wanita yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan maut selepas ditikam seorang lelaki ketika dia sedang mandi di rumahnya di Taman Hwa Seng, Alma, Bukit Mertajam semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata, lelaki berusia 31 tahun itu yang dikatakan menaruh hati terhadap Tan Ching Chin, 24, bertindak menikam mangsa sebanyak tiga kali di perut dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi tadi.
Beliau berkata, lelaki itu yang merupakan pembekal barangan binaan kepada syarikat milik abang mangsa turut bertindak menikam dirinya sendiri selepas menikam mangsa.
“Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala suspek mengalami kecederaan parah dan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, kejadian itu berlaku apabila lelaki tersebut yang berada di rumah mangsa sejak Ahad lalu untuk menyambut Tahun Baru Cina, bertindak memasuki bilik air ketika mangsa sedang mandi dan terus menikam mangsa.
Mazlan berkata ketika kejadian, ibu mangsa dan pembantu rumah mereka berada di rumah, bagaimanapun mereka tidak sempat membantu Tan kerana kejadian itu berlaku tanpa disedari sesiapa.
“Lelaki itu datang ke rumah mangsa sejak minggu lepas untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama mangsa dan keluarganya sebelum berlaku pertengkaran hari ini yang dipercayai akibat cemburu,” katanya.
Katanya siasatan awal polis menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

(FOTO) Amboi Nora Danish.."mengangkang' baik punya!!



Ermm..Pelakon ibu tunggal jelita ni memang pandai bergaya. Pakai apa pun lawa, kalau hadir apa-apa 'function', mesti menjadi perhatian.

Nora Danish yang baru-baru ini timbul kontroversi adegan intim bersama Rusdi Ramli dalam filem terbarunya dilihat sering santai bersama anak dan keluarganya.

Terbaru beliau berkongsi gambar melalui akaun Instagram menaiki motor mini.

Apa yang menarik, bukanlah si Rayqal yang naik motor tersebut, tapi beliau sendiri!

Mungkin Nora hanya mahu beraksi untuk koleksi gambar beliau, tapi gayanya kurang sesuai untuk poster pilihanraya...eh..ke politik pulak!

Luas sangat kangkang tu...kepit la skit..heh!

Remaja Tawar Khidmat Seks RM50 - RM80


Seorang remaja berusia 16 tahun, di Kulim, sudah melakukan kegiatan pelacuran sejak berusia 14 tahun setelah diperkosa beberapa kali oleh teman lelakinya.

Remaja berkenaan yang ditahan polis dalam rondaan cegah jenayah mengakui, gemar melakukan aktiviti tidak bermoral itu dengan mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM80.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, remaja bawah umur yang berpeleseran di pekan Kulim ditahan kira-kira jam 3.30 pagi semalam ketika sedang menunggang motosikal jenis Honda EX5.

“Remaja ini menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan bagaimanapun apabila ditahan, polis mendapati dia pernah ditahan polis beberapa kali sebelum ini kerana berpeleseran,” katanya.

Sinar Harian kemudiannya mendekati remaja terbabit dan bertanya sama ada masih bersekolah atau sebaliknya.

Remaja ini kemudiannya menyatakan dia tidak ke sekolah kerana tidak berminat dalam pelajaran.

Menurutnya, dia tinggal bersama beberapa rakan lain dan melakukan kegiatan pelacuran untuk menampung perbelanjaan 
“Ada kalanya saya tinggal di rumah rakan lelaki sehingga beberapa hari. Sepanjang bersama mereka saya akan diberikan makanan dan tempat tidur. 

“Sebelum ini saya pernah bekerja di Pulau Pinang bagaimanapun berhenti kerana jauh,” katanya.

Ditanya mengenai pelanggannya, remaja ini menjelaskan kebanyakan pelanggannya terdiri daripada mat motor.

“Mereka akan membawa saya balik ke rumah untuk melakukan hubungan seks.

“Walaupun terpaksa melayani beberapa lelaki dalam satu masa, saya tetap melakukannya kerana suka dengan layanan ketika melakukan hubungan seks,” katanya.

Tambahnya, pelajar sekolah juga ada menggunakan khidmat seks daripadanya dan bayaran yang dikenakan lebih murah berbanding pelanggan yang sudah bekerja.

Menurutnya, sehingga kini tidak ada mana-mana pihak yang pernah menahannya kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran kerana ia dilakukan secara senyap.

Katanya, dia senang melakukan kegiatan itu kerana mudah mendapatkan wang.

Tiada Ampun Dan Maaf Buat Bini Mat Yo Maki Orang Tua!!



ata orang, terlajak perahu boleh diundur. Tapi kalau sudah terlajak kata, buruk padahnya.
Itulah yang harus diterima oleh Siti Aisya Adam, 24, isteri pemain bola sepak Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo selepas kejadian memaki-hamun dan menendang pengawal keselamatan, Azman Md. Nayan, 49, di lapangan terbang Subang, 12 September lalu.
Permohonan maaf yang dibuatnya semalam dan disiarkan di dada-dada akhbar nampaknya tidak berjaya melembutkan hati Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn. Bhd, Mukhveer Singh Gill yang bertekad untuk membawa kes itu ke mahkamah.
Melalui laporan Harian Metro hari ini, Mukhveer berkata, pendirian itu diambil kerana Siti Aisya terlebih dulu mengugut untuk memanjangkan insiden itu ke mahkamah.
“Sebagai syarikat kawalan keselamatan yang bertanggungjawab, kami akan melakukan apa saja untuk mempertahankan kakitangan kami,” katanya.
Rakaman pertengkaran Siti Aisya dengan Azman menjadi perhatian ramai selepas dimuat naik ke Internet dan disebar secara meluas oleh pengguna laman sosial Facebook serta YouTube.
Wanita itu bagaimanapun menafikan bahawa dia yang memuatnaik video tersebut dan mendakwa ia dilakukan oleh orang lain, namun enggan mendedahkannya.
Mukhveer turut mendedahkan sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterima dari Aisya yang berbunyi:
“pls stop calling. I have clearly video with sound my husband just wanna protect n of coz will proceed to court. just wait for our lawyer. TQ”
Nampaknya, perkara ini akan berpanjanganlah jawabnya. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja sejauh mana hangatnya kes ini jika ia benar-benar dibawa ke mahkamah nanti
.

Nyenyak Tidur Lepas ‘Bersekedudukan’, Tak Sedar Diserbu !!


“Saya tidur nyenyak sebab penat, bukan tak nak buka pintu,” kata seorang lelaki kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, dalam satu operasi awal pagi kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi itu, penguatkuasa Jaij terpaksa menunggu hampir satu jam apabila pasangan berkenaan enggan membuka pintu bilik hotel tempat mereka bermalam.
Selepas beberapa kali pintu bilik berkenaan diketuk dan beberapa pegawai penguatkuasa mendesak untuk memecah masuk, barulah pasangan terbabit membuka pintu.
Timbalan Penguatkuasa daerah, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, sebaik pintu bilik berkenaan dibuka, didapati terdapat sepasang kekasih berusia 20-an, dalam ketakutan.
“Pemeriksaan mendapati, mereka tidak mempunyai hubungan sah dan dipercayai berkhalwat kerana berkurung,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Saiful Ariffin berkata, pasangan berkenaan ditahan mengikut Seksyen 27 (1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.
Menurutnya, pasangan berkenaan akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan selesai, dan operasi ini dilakukan untuk memberikan pengajaran terutama kepada golongan muda.
“Tumpuan akan diberikan di hotel bajet, rumah tumpangan dan kawasan yang berpotensi untuk kelakuan sumbang itu, selain ia akan dilakukan dengan lebih kerap,” katanya.

Friday 27 September 2013

Isteri Mat Yo Akhirnya Tampil Mohon Maaf !!



Ekoran tersebarnya video kontroversi membabitkan dirinya, suami dan seorang pengawal keselamatan yang menimbulkan kemarahan awam, isteri Mat Yo akhirnya tampil memohon maaf.
“Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.
“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.
“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?
“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya.
Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.
“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.
“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.
Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.
Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.
Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.
Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar
.

‘Pengerusi Surau’ Hamilkan Gadis 15 Tahun




http://3.bp.blogspot.com/-PHvsS0NUP_w/UkTbp0r7BMI/AAAAAAABMzw/7vJ1WRquL78/s1600/mengandung-luar-nikah.jpgBukan sekali dia jadi mangsa, tetapi remaja berusia 14 tahun itu dikatakan menjadi mangsa rogol lelaki hidung belang sehingga dia disahkan hamil.
Tembelang lelaki yang bekerja sebagai pemandu di sebuah pusat kesihatan itu pecah setelah sekali lagi didapati merogol remaja terbabit di sebuah stor di kawasan perindustrian di Hulu Yam pada 14 September lalu.
Menurut sumber, perbuatan terkutuk lelaki berusia 53 tahun itu terbongkar setelah bapa mangsa bersama penduduk kampung dan polis menyerbu stor simpanan peralatan jentera itu kira-kira jam 3.30 pagi hari tersebut.
Lelaki terbabit kini direman di Penjara Sungai Buloh dan sedang menjalani prosiding perbicaraan di mahkamah.
Beberapa sumber daripada penduduk kampung turut memberitahu, suspek yang sudah berumah tangga itu telah merogol remaja terbabit kali pertama pada tahun 2012 dan berterusan tanpa diketahui ahli keluarganya.
Mangsa kini disahkan mengandung antara tiga atau lima bulan.
Malah, lebih mengejutkan apabila suspek didakwa pernah melakukan perbuatan sama terhadap ramai wanita.
Seorang penduduk kampung turut mengakui suspek pernah menunjukkan wajah-wajah wanita yang telah menjadi pemuas nafsunya.
“Seorang wanita yang menjadi mangsanya dan sarat mengandung pernah datang ke rumahnya menuntutnya bertanggungjawab tetapi malangnya dia dihalau begitu saja.
“Selain remaja, anak dara dan janda warga tempatan, dia juga pernah ‘memerangkap’ wanita warga asing,” kata sumber.
Menurut sumber sama, disebabkan sikap buruk suspek yang tidak disenangi rakan-rakan tempatnya bertugas, dia pernah beberapa kali dipindahkan bertugas di tempat berlainan.
Sinar Harian turut mendapat maklumat bahawa suspek juga merupakan pemimpin penting di peringkat bawah sebuah parti politik dan dikatakan masih memegang jawatan itu ketika ini.
Suspek turut menjadi pengerusi sebuah surau, memegang beberapa jawatan penting di peringkat kampung dan taman perumahan, menjaga peti undi parti dan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan
.

Adira Nafi Masuk Hospital Akibat Kulit Terlalu Putih !!


Fuh ~~ Tak sangka kulit putih sangat pun boleh menimbulkan kontroversi. Kesian pulak Abang Nara kat si Adira ini. Baru-baru ini apabila Adira berkongsi gambarnya dimasukkan ke hospital, terus banyak pihak menganggap kemasukannya itu adalah kerana pengambilan ubat pemutihan kulit.
adira putih hospital
Memang jika makan ubat cantikkan kulit yang tidak diluluskan KKM akan ada bahayanya. Namun Adira memberitahu yang kemasukkannya ke hospital adalah akibat demam panas. Tida ada kaitan dengan kulit putihnya itu. Kata Adira:-
Saya dimasukkan ke hospital pada Khamis minggu lalu setelah beberapa hari demam. Pada mulanya saya cuba untuk bertahan, tetapi lama kelamaan keadaan menjadi semakin teruk. Saya mula rasa hendak pitam dan badan juga semakin lemah.
Selepas empat hari demam dan masih tiada tanda-tanda panas berkurangan, barulah saya gagahkan diri ke hospital. Suhu badan saya ketika itu agak tinggi, sekitar 43 darjah Celcius. Saya dimasukkan ke hospital selama tiga hari dan dibenarkan keluar Ahad lalu.

Sebelum ini Adira telah pun menafikan dirinya mengambil sebarang ubat atau suntikah untuk memutihkan kulit. Menurut Adira, dia hanya menggunakan pelembap biasa sahaja. Tambah Adira lagi:-
Saya hanya demam panas, tiada kaitan dengan apa-apa. Semua orang boleh ditimpa demam, jadi janganlah membuat tuduhan yang tidak berasas. Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya sudah semakin baik. Malah, saya sudah kembali menyanyi seperti biasa.
Mungkin mereka yang membuat tuduhan itu cemburu melihat keputihan dan kegebuan kulit Adira. Tak perlu nak cemburu. Hitam itu kan manis? Kepada Adira, semoga lekas sembuh sepenuhnya. Jaga diri dan pentingkan kesihatan tubuh badan. Info asal Berita Harian

Jampi ‘Abang Aji’ Ragut Dara Si Gadis



http://3.bp.blogspot.com/-YKxrA4tWlQI/UbaZdowHQXI/AAAAAAABGJs/3xOI9cAed18/s1600/gadis.jpgBermula dengan urusan menjual kad tambah nilai telefon prabayar, seorang pekerja kedai serbaneka akhirnya menjadi perempuan simpanan kepada lelaki pertengahan usia selepas mendakwa dijampi dan diberi minum ubat seri wajah.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul, 28, berkata, lebih setahun lamanya dia hanya mengikut segala arahan lelaki berumur 50-an itu termasuk menyerahkan tubuh dan semua wang gajinya.
Menurutnya, lelaki berperwatakan alim yang digelar Abang Aji itu dikenalinya pada Disember 2011 selepas suspek kerap datang ke kedai tempat dia bekerja di bandar ini untuk membeli kad tambah nilai telefon prabayar.
“Satu hari ketika berurusan dengan Abang Aji saya berasa seperti dipukau selepas dia membaca jampi atau mantera di depan saya. Selepas itu, fikiran aya seperti dikawalnya dan saya terus menuruti segala arahannya.
“Apabila mahu meniduri saya, dia yang sudah berkahwin dan mempunyai anak mengarahkan datang bermalam di rumahnya. Saya hanya mengikut saja dan langsung tidak berdaya membantah,” katanya
.

Thursday 26 September 2013

Foto "Mengancam" Nikita Mirzani Untuk Majalah Tersebar !!



Model dan pelakon seksi Indonesia, Nikita Mirzani sekali lagi menimbulkan kontroversi panas. Sebelum ini, Nikita telah menyatakan bahawa beliau mahu ke Amerika Syarikat untuk beraksi dalam majalah bogel popular, Playboy.
Pada hari ini, salah satu dari foto bogelnya untuk majalah itu telah pun tersebar di internet. Menurut beliau, itu memang fotonya.
Dalam foto tersebut, Nikita dilihat sedang berbaring di tepi pantai dalam keadaan bogel. Bahagian pehanya ditutupi kain putih, manakala bahagian dada ditutupi dengan rambutnya yang panjang.
Tatu ditubuhnya menguatkan lagi bukti bahawa foto tersebut memang milik Nikita Mirzani.
Wanita berusia 27 tahun itu mengaku foto berkenaan diambil tiga bulan yang lalu di Pulau Dewata. Menurutnya lagi, majalah Playboy akan menerbitkan foto berkenaan pada terbita tahun hadapan.
“Itu fotonya tiga bulan lalu, di Bali. Buat Playboy AS, dan terbitnya tahun depan,” ungkap Nikita kepada Liputan6.com. Sayangnya, Nikita enggan membocorkan foto-foro lainnya.
“Itu saja dulu. Karena kan majalahnya belum terbit, baru tahun depan,” ungkap Nikita.

Dua remaja tingkatan empat "Kesal" dicekup bersekedudukan !!














Empat remaja termasuk dua daripadanya pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah, dekat sini dicekup penduduk kampung dan anggota polis selepas berkhalwat bersama pasangan masing-masing, pagi kelmarin.

Dalam tangkapan kira-kira 10.30 pagi di sebuah rumah sekitar Durian Tunggal, dekat sini mendapati pasangan berusia antara 16 dan 18 tahun berdua-duaan di dalam rumah dalam keadaan pintu serta tingkap tertutup rapat.

Jurucakap polis berkata, penduduk menerima maklumat terdapat dua pasangan remaja masih bersekolah berkurung dalam rumah berkenaan sejak awal pagi hari yang sama.

"Bertindak atas maklumat itu, beberapa penduduk yang curiga mula melakukan intipan lalu memberi salam tetapi pintu hanya dibuka setengah jam selepas itu oleh remaja perempuan.

"Remaja itu berpura-pura baru bangun dari tidur dalam keadaan terpinga-pinga melihat kehadiran penduduk," katanya.