Thursday 7 November 2013

Remaja 17 Tahun Bangga Jadi Pelayan !!




Seorang remaja keciciran sekolah berusia 17 tahun yang hanya dikenali sebagai Jane bangga menjadi pelacur kerana dia tidak perlu lagi meminta wang daripada ibu bapanya.
Bagi Jane tidak salah untuk mengiklankan tubuhnya kerana mahu memperoleh wang tunai untuk berparti.
Jane berkata, dia membelanjakan SGD$200 (RM505) setiap kali keluar berparti. “Saya bukan yang pertama melakukannya. Seorang daripada rakan saya memberitahu laman sembang tempat yang tepat untuk mencari pelanggan,” katanya.
Ibu bapa Jane yang berusia 40-an bekerja sebagai tukang cuci dan tinggal di flet tiga bilik tidak tahu-menahu mengenai kegiatan anak mereka.
Menggelar dirinya sebagai “girl17fl” Jane biasanya melayari Internet, kebanyakan di laman sembang Alamak untuk mencari pelanggan.
Berdasarkan undang-undang Singapura, mendapatkan khidmat seks dengan membayar remaja bawah umur adalah satu kesalahan. Walaupun maklum dengan perkara itu, dia tidak menghiraukannya.
Jane hanya mahu mendapatkan wang untuk berparti dan membeli alkohol.
“Orang lelaki sukakan perempuan muda dan ramai daripada mereka tidak membantah apabila saya beritahu mereka umur saya. Saya lakukannya semata-mata untuk wang.
“Kami bertemu di laman sembang sebelum bersua muka, berbual dan kemudian melakukan seks. Selepas itu, masing-masing melupakan apa yang berlaku,” katanya. Wartawan yang menyamar sebagai pelanggan bertemu Jane pada 2 September lalu di kawasan kejiranan MacPherson.
Apabila diberitahu “pelanggannya” adalah wartawan, Jane bersetuju untuk mendedahkan semua kegiatannya dengan syarat nama sebenarnya tidak didedahkan.

Wednesday 6 November 2013

Pelajar UiTM suspek buang bayi berjaya dikesan, teman lelaki dikenal pasti !!


Suspek dan teman lelaki yang terlibat dalamkes buang bayi berjaya dikesan.
 Terengganu berjaya mengesan suspek utama yang terlibat kes pembuangan mayat bayi yang ditemui di dalam loji kumbahan di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata, hasil pemeriksaan di asrama milik seorang pelajar perempuan awal pagi Selasa pihak universiti menemui kesan darah dan tidak menolak kemungkinan ia milik pelajar berkenaan.
“Pelajar yang berusia 19 tahun itu kini dihantar ke Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut, kita juga sedang melihat aspek kesihatan, psikologi dan sampel darah pelajar berkenaan.
“Pelajar yang berasal dari Selangor itu masih menerima rawatan dan pihaknya akan menahan pelajar terbabit sebaik rawatan selesai,” katanya kepada pemberita di sini.
Manoharan berkata pihaknya juga telah mengenal pasti teman lelaki pelajar terbabit yang berusia 20 tahun juga 

Tuesday 5 November 2013

(FOTO) Wawa Zainal Yang Comel Bertudung !!


Untung sebenarnya menjadi insan yang bernama Wawa Zainal. Walaupun sudah melahirkan seorang anak, bentuk badannya masih maintain seperti anak dara. Macam tak ada perubahan sebelum dan selepas. Kecomelan Wawa juga semakin terserlah semenjak dua apabila sering berkongsi gambarnya memakai tudung di Instagram.
Malah Aeril dan Wawa juga tidak kedekut berkongsi gambar aksi bersama anak sulung mereka, Attar. Salah satu gambar yang mendapat reaksi ramai ialah gambar Aeril masuk ke dalam “baby court” bersama anaknya. Comel sangat-sangat.
Memang jelas terserlah kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh keluarga ini. Semoga berkekalan dan berterusan hendaknya. Walaupun tak habis-habis dihimpit kontroversi, anggaplah ia sebagai cabaran dan dugaan.

Pak Guard Yang Dimaki Bini Mat Yo Berlakon Bersama Izara Aishah !!?


Hikmah daripada kesabaran dimaki dan ditendang celah kangkang, pengawal keselamatan yang pernah mencipta kontroversi dengan isteri Mat Yo dijemput berlakon dalam sebuah drama yang diinspirasikan daripada novel Cinta Pandang Ke-2 terbitan Kumpulan Karangkraf.
Drama ini diterbitkan oleh Z K Creative Production Sdn. Bhd. untuk tayangan slot Aurora di TV9. Dibintangi oleh Izara Aishah, Dazrin Kamarudin, Maria Farida, Ridzuan Hashim, Norman Hakim, Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour, turut memperkenalkan Eiyha Abdullah dan ramai lagi.